Cendawan payung maut
Cendawan payung maut

Cendawan payung maut

Amanita phalloides (gaya sebutan: /æməˈnaɪtə fəˈlɔɪdiːz/), juga dikenali sebagai cendawan payung maut[lower-alpha 1] (death cap mushroom) merupakan salah satu kulat yang beracun. Tersebar secara meluas merentasi Eropah, cendawan ini mempunyai pertalian simbiotik mikoriza dengan pelbagai spesies konifer. Dalam sesetengah kes, cendawan payung maut dibawa masuk secara tidak sengaja ke kawasan baru melalui penanaman spesies bukan asal semacam pokok oak, pinus dan berangan. Sporokap yang besar muncul ketika musim panas dan musim luruh; bahagian pileusnya secara umumnya berwarna hijau dengan warna putih pada bahagian tangkai serta insang.Cendawan bertoksik ini menguasai bilangan majoriti kes keracunan cendawan termasuklah kemungkinan besar penyebab kematian Maharaja Rom, Claudius dan Maharaja Kudus Rom, Charles VI. Amanita phalloides merupakan subjek kepada kebanyakan kajian dan beberapa agen biologi aktif telah diasingkan. Bahan kandungan toksik utama ialah α-amanitin di mana boleh merosakkan hati dan buah pinggang, sering menyebabkan kematian mangsa keracunan cendawan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Cendawan payung maut http://www.anbg.gov.au/fungi/deathcap.html http://americanmushrooms.com/deathcap.htm http://www.mushroomexpert.com/amanita_phalloides.h... http://www.mykoweb.com/CAF/species/Amanita_phalloi... http://pluto.njcc.com/~ret/amanita/species/phalloi... http://pluto.njcc.com/~ret/amanita/key.dir/phallim... http://www.eol.org/taxa/17162994 http://links.jstor.org/sici?sici=0040-0262(196206)... http://links.jstor.org/sici?sici=0040-0262(197411)... http://www.npr.org/templates/story/story.php?story...